Entry lepas kita bercerita sikit pasal makan fofular kan?
Entry kali ni kita berkongsi sikit pasal makan sunnah dalam Islam.
selalunya kita ni makan kadang2 tu memang tak kesah la makanan tu berkhasiat ke tidak kan?
kalau student2 macam kita ni selalunye makan makanan bergoreng la, makanan ringan la. terutama sekali megi. hehe. tapi kadang2 tu tak makan langsung. yelah kan. nak save budget. ramai antara kita ni biasiswa PAMA je. takde sumber kewangan lain pun. hehehe
tapi tu lah,
kita tak sedar yang mungkin pengambilan makanan2 tak berkhasiat tu lama2 akan berkumpul banyak2 dalam badan kita dan akan menyebabkan berlaku masalah kesihatan.
terlalu banyak gula, boleh kencing manis, terlalu banyak garam, boleh kena darah tinggi, terlalu sikit garam dan gula pun boleh mengundang penyakit lain. sebab itulah Islam mengajar kita bersederhana dalam semua benda yang kita buat.
jadi, kalau korang nak save duit pun, make sure makan jugak nasi, sayur, sumber protein, lemak, tapi kena ikut lah piramid makanan tu..ala..mustahil la korang tak kenal piramid makanan kan? yang ni......
ha..tu dia..
korang tau kan, tapi korang je tak ikut kan..*same la kita*
hehehe..
saya taklah maksudkan yang kalau korang makan ikut piramid ni for sure korang bleh sihat tapi dari sudut sains, kuranglah risiko nak dapat penyakit2 berbahaya tu kan..
lagipun sakit tu kan ujian daripada Allah pada kita tanda Dia sayang kat kita.
kat sini saya nak share sikit lah MAKANAN SUNNAH yang boleh kita amalkan untuk dapatkan badan yang sihat. InsyaAllah.
air zam-zam
air zam-zam ni mungkin nampak cam biase je kan bile kita tengok.
tapi, kajian sains membuktikan yang air zam-zam ni banyak khasiatnya.
kadar iodin, magnesium, natrium (sodium) dan kalium (potassium) didapati tinggi dalam air zamzam. Mereka merumuskan khasiat air zamzam di sudut kesihatan adalah lebih baik berbanding air mineral yang lain. Hal ini dilaporkan di dalam Sunday Observer, Sri Lanka, pada 30 Januari 2005, di bawah tajuk The Miracle of ZamZam oleh S. H. A. Careem.
Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah zam-zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit”.
Ibnu Qayyum berkata, “Ketika berada di Mekah aku mengalami sakit dan tidak ada tabib dan ubat (yang dapat menyembuhkannya). Aku pun mengubatinya dengan meminum air zam-zam dan membacakannya berulang kali (dengan al-Fatihah). Kemudian aku meminumnya. Aku mendapatkan kesembuhan yang sempurna. Aku pun menjadikannya untuk bersandar ketika mengalami rasa sakit, aku benar banyak mendapat manfaat daripadanya.”
![]() |
| yusuf taiyyobb.. hehe |
antara khasiat-khasiat kurma ialah
Memakan kurma merupakan satu sunnah Nabi s.a.w. Setiap perbuatan Nabi s.a.w yang diikuti akan mendapat berkat dan ternyata sangat bermanfaat kepada manusia. Kandungannya yang tinggi khasiatnya serta kaya dengan protein atau serat, vitamin A dan C serta zat galian atau mineral seperti zat besi, kalsium, sodium dan potassium.
- Protein: 2%
- Serat: 4%
- Gula: 50% – 57%
Kulit kurma baik untuk mencegah barah usus besar kerana boleh melawaskan pembuangan air besar. Diriwayatkan dari Aisyah r.a yang menjelaskan kurma mengandungi ubat. Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari dari terkena racun yang dimakan. Dikisahkan sewaktu Maryam melahirkan Nabi Isa a.s di bawah pokok kurma, telah datang malaikat Jibril a.s menyuruh Maryam menggegarkan pohon kurma. Lantas memakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s. Seruan pada umat Islam supaya memakan kurma sebagai menggantikan makanan yang berkolestrol tinggi atau berkarbohidrat tinggi.
Firman Allah S.W.T:
"lalu dengan (air) itu, Kami tumbuhkan untukmu kebun-kebun kurma dan anggur, di sana memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian daripada (buah-buahan) itu kamu makan." (Surah Al-Mukminun, ayat 19)
![]() |
| habbatus sauda |
habbatus sauda ni sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterraean dan di kawasan beriklim gurun.
antara kelebihan habbatus sauda ni ialah dapat menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rmabut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, kurangkan kolestrol, rawat batu karang dan macam2 lagi.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. :
dalam Hadisnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain "Gunakan Habbatus Sauda' keranan di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR. Bukhari dan Muslim)
![]() |
| this is honey, darling ;p |
Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 68-69: “Dan tuhanmu mengilhamkan kepada lebah. Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia…”
Dari sudut saintifik, madu didapati mengandungi vitamin B1, B2, B3, vitamin C dan B6 (kandungan vitamin berubah mengikut kualiti madu bunga yang dihisap oleh lebah. Ia juga mengandungi mineral seperti tembaga, zink dalam jumlah yang kecil, magnesium, potassium, klorin, sulfur, zat besi dan phosphate. Ia juga kaya dengan anti-oksidan yang boleh mengelakkan daripada menghidap penyakit kanser.
okeh, itu jelah antara makanan sunnah yang dapat saya 'list'kn hari ni.
kimia fizik sedang menanti. hehe.
konklusinya di sni ialah walau apa pun makanan yang kita ambil, kebergantungan kita untuk lebih sihat ialah hanya kepada Allah S.W.T. namun semoga kita mendapat lebih berkat kerana mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.
sekian.
*kredit pada laman web http://wanitaisma.net/v2 dan http://www.iluvislam.com atas sumber pengetahuan
Assalamualaikum. Salam Sejahtera. ^^,

.jpg)



No comments:
Post a Comment